Tuesday, July 3, 2012

Sumber daripada Ikhwan Muslimin Syria melaporkan bahawa kini sedang berlaku perpecahan yang sangat besar di dalam tentera rejim Basyar.

Sumber daripada Ikhwan Muslimin Syria melaporkan bahawa kini sedang berlaku perpecahan yang sangat besar di dalam tentera rejim Basyar.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini sahaja, 6 orang pegawai tertinggi tentera Syria dan 22 tentera berpangkat biasa telah berpaling tadah dan telah lari ke Turki dan mendapat suaka politik di sana.

Menurut sumber lagi, mereka telah lari bersama 224 orang termasuk ahli keluarga mereka. Hal ini kerana, kebiasaannya mereka yang berpaling tadah, rejim Basyar akan mencari ahli keluarganya dan membunuh mereka serta merta.

Ada juga dalam kalangan mereka yang berpaling tadah dengan menyertai Tentera Pembebasan Syria dan bilangan mereka semakin bertambah.

Sumber : http://goo.gl/KiMKe
 

No comments:

Post a Comment