Monday, October 29, 2012

3 marin, 2 pengganas maut di Jolo




         
ZAMBOANGA: Tiga anggota marin Filipina maut dan 10 cedera dalam pertempuran dengan militan al-Qaeda yang menahan beberapa tebusan warga asing, semalam.

Jurucakap tentera, Randolph Cabangbang, berkata anggota marin terbabit dihantar ke sebuah perkampungan terpencil di selatan Pulau Jolo bagi menyiasat maklumat risikan mengenai kehadiran kumpulan Abu Sayyaf dan tebusan mereka. “Tentera menjalankan rondaan di kawasan itu ketika mereka terserempak dengan kumpulan Abu Sayyaf, menyebabkan berlaku tembak-menembak,” katanya. Kata Cabangbang, beberapa helikopter tentera digunakan untuk mengangkut anggota marin yang cedera ke hospital. Katanya, dua militan Abu Sayyaf juga dibunuh dalam pertempuran itu.


“Bagaimanapun, tiada seorang pun tebusan mereka dilihat atau ditemui,” katanya. Ketika ini Abu Sayyaf masih menahan sejumlah tebusan warga asing, termasuk dua pemerhati burung dari Eropah yang diculik Februari lalu.

Seorang warga Australia pula diculik kumpulan itu Disember tahun lalu.


Abu Sayyaf dipersalahkan atas pelbagai serangan pengganas di Filipina, termasuk pengeboman sebuah feri yang mengorbankan lebih 100 orang pada 2004. Militan Abu Sayyaf juga dikaitkan dengan banyak penculikan berprofil tinggi di Filipina. - AFP

No comments:

Post a Comment