Monday, October 29, 2012

64 terbunuh tempoh enam hari



PERGOLAKAN etnik kembali tercetus di Rakhine, sebuah negeri di barat Myanmar sepanjang minggu lalu. Menurut agensi berita asing kelmarin, seramai 64 orang dilaporkan terbunuh dalam keganasan di negeri itu dalam tempoh enam hari.
Krisis terbaru ini merupakan lanjutan daripada pergolakan yang tercetus sejak Jun lalu melibatkan etnik muslim Rohingya sehingga meragut nyawa 80 orang dan lebih 80,000 orang lagi terpaksa ditempatkan di pusat penempatan sementara penduduk tempatan (IDPs).
Kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah termasuk kerajaan negeri Rakhine, dilihat lebih bersifat double-standard iaitu menggambarkan bahawa kononnya segala persengketaan dan kekacauan dicetuskan oleh etnik Rohingya.
Pada dasarnya, sikap prejudis ini dapat dilihat sewaktu taklimat tertutup yang diadakan kepada wakil media Malaysia yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Myanmar, awal Oktober lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121029/lu_03/64-terbunuh-tempoh-enam-hari#ixzz2Ae9m37bR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment