Monday, October 29, 2012

Mawi Bodek Restu Najib Nak Buat Filem Felda


Written By canang


Mawi atau Asmawi Ani yang semakin menyepi kini ingin bangkit kembali dengan mendedahkan sampai masanya untuk melaksanakan cita-citanya sebagai anak jati Felda yang berjaya. Dia mahu membuat filem tentang Felda.

"Saya selama ini bercita-cita mahu buat sebuah filem tentang Felda. Saya percaya ia boleh jadi filem yang menarik yang boleh dibanggakan oleh anak jati Felda macam saya," kata Mawi.
Menurutnya, yang berharap rancangan untuk membuat filem Felda ini akan mendapat restu dari PM Najib Tun Razak. Dia juga bercadang untuk menemui Perdana Menteri bagi tujuan tersebut.

"Sebagai anak Felda, saya sangat bersyukur dan gembira kerana saya lahir dari keluarga Felda. Banyak manfaat yang kami perolehi dan sebagai membalas jasa, saya rasa adalah wajar untuk saya mengusahakan filem ini," ujar anak jati Felda Taib Andak Kulai Johor ini.

"Setakat ini semuanya masih dalam perancangan. Saya masih lagi perlu mencari pengisian, iaitu isi cerita dalam Felda yang boleh menarik orang ramai datang ke panggung," katanya.

Cita-cita untuk menghasilkan filem Felda ini mungkin akan menjadi kenyataan tidak lama lagi kerana kata Mawi, dia mahu filem tersebut menemui lebih 365,000 peneroka seluruh negara yang ada sebelum Pilihanraya Umum ke 13.

"Saya hanya berharap pilihanraya tidak berlaku dalam masa terdekat ini. Jika boleh biarlah saya sempat keluar filem itu terlebih dulu," ujarnya sambil menyifatkan pilihanraya akan datang ada keistimewaan tersendiri untuknya.

Ini kerana, selain mahu menghasilkan filem sebelum detik penting itu, Mawi juga untuk pertama kalinya akan menjalankan kewajibannya sebagai rakyat Malaysia.

Ekeleh: Teringat filem Dua Alam Dr Rozmey sebelum ini... riuhnya ya Allah....EkELEH.COM"
 —

No comments:

Post a Comment