Saturday, October 6, 2012

AGAK-AGAK BERANI TAK MENTERI-MENTERI ISTIHAR HARTA MEREKA


Pelaksanaan pengisytiharan aset di kalangan penjawat awam akan mempertingkat tahap ketelusan, kata Ketua Pendakwa Wilayah Pentadbiran Khas Macau Dr Ho Chio Meng.

"Kita perlu mengenakan sesuatu kewajipan secara sistematik bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat aset besar daripada sumber yang tidak diketahui dan mengenakan pertuduhan jenayah," katanya pada sesi pleno bertajuk 'Pendapatan dan Pengisytiharan Aset' sempena Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) ke-6 di sini hari ini.

Masalahnya berani ke najib dan menterinya mengistiharkan harta diorang ni. mahu pecah lobang kalau berani. Gua teringakt cerita dari seorang menteri ni yang bedalih tak nak istihar harta kenapa agaknya:


Perisytiharaan harta menteri ‘bahaya’ kata Nazri. Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
“Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan. ”Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.
Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Pada gua satu je berani kerana benar takut kerana salah
 

No comments:

Post a Comment