Saturday, October 6, 2012

Tindakan kejam kerajaan Umno Terengganu meroboh 5 buah rumah

Add caption
TinTindakan kejam kerajaan Umno Terengganu meroboh 5 buah rumah di Rancangan Tanah Berkelompok Kg Alor Jejawi Kuala Besut pada Khamis lalu harus dikutuk sekeras kerasnya.Operasi meroboh semua kediaman tersebut dijalankan semasa pemilik tiada di rumah. 

Semua pemilik kediaman mendakwa tidak menerima sebarang notis dari mana-mana pihak untuk mengosongkan kediaman mereka.Difahamkan semua pemilik mempunyai geran sementara untuk menduduki tanah terbabit.

Mereka yang terdiri dari penyokong Umno dan Pas hanya rakyat marhaen yang membangunkan rumah itu sehari demi sehari, secara berdikit-dikit sehingga ada yang telah siap dan ada masih dalam pembinaan.

Slogan Umno yang sering menguar uarkan ' Rakyat Didahulukan ' hanyalah retorik semata mata.Diketika pemimpin mereka bermegah megah dengan majlis kahwin anak yang mencecah ratusan ribu,rakyat marhaen mengalir air mata hasil tindakan kejam mereka.

Tanpa mengira fahaman politik,mereka terlibat adalah rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk memiliki tanah walau hanya sekangkang kera.Mereka harus dibantu bukannya diperlakukan sedemikian rupa.

Akhir kalam,Ayoh !!! rakyat Terengganu jom tolak Umno...gantikan dengan Pas pada PRU 13 nanti,pilihan ditangan kita.Sebarkan !!! ~ Tinta Hijau DKB

No comments:

Post a Comment