Saturday, October 6, 2012

Padah buruk jika Iran diserang: Gates


         
WASHINGTON: Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Robert Gates memberi amaran, sebarang serangan tentera Israel atau AS ke atas Iran akan membawa padah yang amat buruk.

“Pada pendapat saya, serangan ke atas Iran akan membawa kesan yang amat teruk. Ia akan menghantui kita selama beberapa generasi di rantau itu,” kata Gates ketika berucap di Norfolk, Virginia.


Gates bagaimanapun menggesa supaya sekatan ke atas Iran ditingkatkan.

“Ia peluang terbaik kita untuk bergerak ke depan, dengan mengenakan tekanan ekonomi,” katanya.


Amerika Syarikat, Israel dan sebahagian sekutu mereka menuduh Iran berhasrat menghasilkan bom atom menerusi program nuklearnya.


Rejim Zionis berulang kali mengancam melancarkan serangan terhadap Republik Islam itu dengan bersandarkan dakwaan yang tidak mempunyai bukti kukuh. - AFP

No comments:

Post a Comment