Saturday, October 6, 2012

Enam terbunuh dalam protes di Guatemala



TOTONICAPAN: Enam orang terbunuh apabila pertembungan tercetus di antara askar kerajaan dan Orang Asli berkaitan kenaikan kadar elektrik, kata pegawai hari ini.

Pertembungan berlaku semalam apabila beribu-ribu Orang Asli menyekat laluan di Lebuh raya Pan American di sini, kira-kira 170 kilometer barat ibu negara berkenaan untuk melancarkan tunjuk perasaan. "Kami mengesahkan jumlah mereka yang mati meningkat kepada enam," kata jurucakap pejabat pendakwa raya hak asasi manusia kebangsaan, Ana Julia Solis. - AFP

No comments:

Post a Comment