Sunday, October 7, 2012

Pemberontak rampas perkampungan di sempadan Turki

BEIRUT 7 Okt - Pemberontak merampas sebuah perkampungan Syria dekat sempadan Turki selepas berlaku peperangan yang hebat semalam menyebabkan 25 tentera dan tiga pemberontak terbunuh.
Menurut Pengarah Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman, pemberontak berjaya merampas kuasa di Khirbat al-Joz, dekat kampung Jisr al-Shughur, yang terletak di barat laut Syria kira-kira dua kilometer.
“Selepas menawan Khirbat al-Joz, pemberontak menaikkan bendera revolusi di pusat pemeriksaan kawalan tentera di kawasan itu," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121007/lu_07/Pemberontak-rampas-perkampungan-di-sempadan-Turki#ixzz28bcG1nSP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment