Sunday, October 7, 2012

Tentera Zionis lontar bom ke arah jemaah


         
BAITULMAQDIS: Polis Israel menyerbu halaman Masjidil Aqsa dan melontar bom tangan untuk menyuraikan puluhan jemaah yang dikatakan membaling batu ke arah mereka selepas solat Jumaat kelmarin.

Dua rakyat Palestin cedera dan seorang lagi ditahan kerana cuba menikam seorang anggota polis Yahudi, kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld. Ketegangan memuncak minggu ini selepas polis menahan beberapa aktivis Yahudi kerana cuba melakukan upacara sembahyang di halaman masjid suci itu.


Kejadian itu berlaku ketika cuti tujuh hari yang diraikan penduduk Yahudi.

Rusuhan pernah meletus di lokasi sama selepas bekas pemimpin Israel, Ariel Sharon membuat kunjungan ke Masjidil Aqsa pada 2000. - AN

No comments:

Post a Comment