Sunday, October 7, 2012

Makin ramai orang muda guna Viagra



London: Semakin ramai pemuda pada usia 20-an dan 30-an makin ketagih Viagra secara psikologi berpunca daripada keraguan terhadap prestasi di ranjang.

Pil biru untuk mengatasi mati pucuk itu disarankan untuk lelaki berusia lebih lanjut dan perangkaan menunjukkan lebih 20 juta lelaki sudah menggunakannya. Pil itu memudahkan aliran darah ke organ seks bagi membantu lelaki ‘terangsang’ dan mengekalkannya.
Laman web AZCentra menyatakan, pil itu semakin banyak digunakan oleh belia untuk tujuan berparti.

Guna viagra untuk berparti

Penyelidik masalah seksual dari Kajian Perubatan Harvard, Dr. Abraham Morgentaler, berkata: “Pelajar kolej kini membawa Viagra ke parti atau ditawarkan rakan menggunakannya. Viagra bukan lagi hanya ubat yang dicadangkan oleh doktor.”

Pakar seksual juga berkata, satu lagi faktor menyebabkan Viagra semakin banyak digunakan lelaki muda ialah wanita era moden semakin yakin di ranjang. Oleh kerana kebanyakan lelaki khususnya yang muda dan kurang berpengalaman mungkin tergugat jika pasangannya berperwatakan demikian.

Kebanyakan wanita juga mungkin kurang sedar bahawa lelaki mudah rasa kurang berupaya jika menganggap pasangan menganggap mereka perlu menunjukkan prestasi baik sepanjang masa. - Agensi

No comments:

Post a Comment