Friday, December 28, 2012

UJIAN KEPADA KABINET QANDIL



Presiden Mursi sewaktu menyampaikan ucapan semalam telah memberikan tanggungjawab kepada Perdana Menteri, Dr.Hisyam Qandil (gambar) untuk membuat rombakan kabinet kerajaan.

Sehingga hari ini, terdapat dua menteri telah meletakkan jawatan iaitu Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Hani Mahmoud dan pagi tadi, Menteri Undang-Undang Dr.Mohammad Mahsub. Mahsub yang juga Anggota Jawatankuasa Tertinggi Parti Wasat Pusat dalam surat peletakkan jawatan menyatakan kekecewaan beliau yang telah berusaha sejak 3 bulan lalu untuk mengembalikan wang negara yang berada di luar (yang di'rompak' oleh bekas pemimpin rejim) tetapi tiada tindakan susulan diambil oleh pihak kerajaan.

Walau bagaimanapun, pimpinan FJP Dr.Mohammad El-Baltaji yang juga Anggota Panel Penggubal Perlembagaan merayu Mahsub untuk menarik balik peletakkan jawatannya. Beltaji menyeru kepada Mahsub melalui status "Facebook" dengan berkata "Negara amat memerlukan pemimpin yang setia seperti anda.."

Ikhwan Muslimin sebelum ini menafikan khabar angin bahawa Mursi akan melantik Naib Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin, Khairat Shatir sebagai Perdana Menteri baru.

Akhbar "Al-Youm Sabie" hari ini pula melaporkan sekurang-kurangnya 7 kementerian akan berlaku rombakan menteri termasuk Penerangan, Pengangkutan dan Tenaga.

Ikhwan Muslimin dan FJP mempunyai lima kerusi menteri dalam kabinet Qandil daripada 35 orang menteri iaitu Menteri Belia (Dr.Usamah Yasin), Pengajian Tinggi (Mustafa Mus'ad), Perumahan (Toriq Wafiq), Sumber Manusia (Khalid Azhari) dan Penerangan (Solah Abdul Maqsud) yang mula dilantik bulan Ogos tahun ini.
— with Abdul Malik 

No comments:

Post a Comment