Monday, January 7, 2013

Aktivis Nepal pula tunjuk perasaan



 Aktivis Nepal melakonkan drama jalanan   bagi menuntut keadilan dalam kes-kes keganasan terhadap wanita yang semakin meningkat di negara itu berhampiran kediaman Perdana Menteri di Kathmandu, semalam. - Foto AFP
Aktivis Nepal melakonkan drama jalanan bagi menuntut keadilan dalam kes-kes keganasan terhadap wanita yang semakin meningkat di negara itu berhampiran kediaman Perdana Menteri di Kathmandu, semalam. - Foto AFP
Dhankuta: Sekumpulan aktivis wanita mengadakan protes menuntut pihak berkuasa Nepal mengenakan hukuman berat terhadap perogol, menyusuli bantahan besar yang berterusan di India dalam isu sama.

Mereka menuntut pihak berkuasa menyiasat kematian seorang gadis di sebuah daerah di sini pada Oktober lalu dan mendedahkan identiti perogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di bazar Sindhuwa, sebulan lalu.
Seorang aktivis, Hima Chemjong berkata mereka melancarkan protes itu kerana tiada tindakan diambil bagi menghapuskan keganasan terhadap wanita di seluruh Nepal. Penunjuk perasaan itu menyerahkan memorandum tuntutan berkenaan kepada Perdana Menteri, Baburam Bhattarai menerusi Pejabat Pentadbiran Daerah di sini.


Persatuan Wanita Nepal juga menyerahkan memorandum kepada pejabat berkenaan bagi menuntut kerajaan menghukum perogol dan memastikan keselamatan wanita di seluruh Nepal, lapor akhbar Himalayan Times. - Agensi

No comments:

Post a Comment