Wednesday, February 20, 2013

Ahli Geng Tong Gas dipenjara 13 tahun



KUANTAN – Belumpun tamat menjalani hukuman penjara, salah seorang ahli Geng Tong Gas, terpaksa menerima hukuman 13 tahun penjara dan dua sebatan kerana kesalahan melakukan rompakan berkumpulan.

Alam Shah Mohamad dari Batam Indonesia mengaku melakukan kesalahan rompakan berkumpulan bersama empat lagi yang masih bebas di sebuah rumah milik bekas Pegawai Daerah Kuantan di Pasdec Makmur, Bandar Indera Mahkota.

Hakim Mahkamah Sesyen, Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwaraya, Noor Svetlana Datuk Mohd Noor Nordin.

Dalan hujahnya, Svetlana berkata, tertuduh menggunakan identiti berbeza untuk melakukan kesalahan itu selain mempunyai kesalahan lampau sejak 2005.

“Tertuduh menggunakan tiga identiti berbeza tanpa ada niat baik selain tidak mempunyai pasport,” katanya.

Tertuduh menggunakan nama Shamsu Yahya, Firman Shah dan Alam Shah untuk melakukan jenayah.

Melalui kertas pertuduhan, Alam Shah, melakukan kesalahan itu pada 26 April 2010 kira-kira jam 3.30 pagi di sebuah rumah sehingga menyebabkan kerugian keseluruhan bernilai  Tertuduh melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta yang sama iaitu penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

No comments:

Post a Comment