EU setuju sekatan baru ke atas Korea Utara
Sebuah lokasi(dalam kotak) di Punggye-ri di Kilju didakwa menjadi tapak pelancaran ujian nuklear ketiga, minggu lalu. Foto: Getty
BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU), kelmarin bersetuju untuk mengenakan sekatan baru ke atas Korea Utara sebagai 'hukuman' kerana melancarkan ujian nuklear pada 12 Februari lalu.

Sekatan pada kali ini akan melibatkan aspek kewangan, pembekuan aset individu dan larangan ke luar negara.

Awal bulan lalu, Ketua Dasar Luar EU, Catherina Ashton turut mengecam tindakan Pyongyang yang tetap melancarkan ujian nuklear ketiga mereka walaupun menerima bantahan banyak negara antarabangsa.

Pada 22 Januari lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengarahkan sekatan lebih tegas dikenakan ke atas agensi angkasa, bank tempatan dan empat individu yang terlibat dengan projek nuklear di Pyongyang. - AFP