Wednesday, March 6, 2013

13 mayat pengganas ditemui di Kampung Tanduo



06/03/2013 6:51pm

LAHAD DATU — Sebanyak 13 mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.
Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata, sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.
Beberapa keping gambar Ops Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.
Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang pengganas ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz2Mlm6k1p1 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment