Wednesday, March 6, 2013

Timbalan Ketua Polis Negara nafi khabar angin



06/03/2013 4:46pm

KUCHING — Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan khabar angin yang memberi gambaran bahawa pergerakan di pesisiran pantai timur Sabah mempunyai kaitan dengan pengganas bersenjata dari Selatan Filipina.
Beliau berkata, sebaliknya, pemeriksaan polis mendapati ia adalah pergerakan biasa masyarakat tempatan di kawasan terbabit, termasuk di Lahad Datu dan Semporna.
"Saya menyeru orang ramai jangan terus mempercayai khabar angin yang boleh menggemparkan masyarakat.
“Polis mengambil berat sebarang kejadian atau maklumat yang diterima untuk disiasat. Jangan risau,” katanya kepada pemberita selepas istiadat pengkebumian negeri mendiang Deputi Supritendan Michael Padel Sano di Tanah Perkuburan Pahlawan di sini hari ini.
Beliau berkata, polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan kehadiran anggotanya di seluruh negeri Sabah, khususnya di pantai timur dan pulau berhampiran bagi memastikan keselamatan penduduk dan orang awam juga boleh menyalurkan maklumat kepada bilik gerakan polis Sabah.
Abdul Khalid turut menyatakan rasa terharu terhadap penghormatan oleh kerajaan negeri Sarawak agar mendiang Michael disemadikan di perkuburan pahlawan bersama wira Sarawak, termasuk Datuk Temenggong Kanang Langkau.
Katanya penghormatan itu akan meningkatkan lagi semangat pasukan polis di negara ini. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2MlrAAHYo 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment