Friday, March 15, 2013

Bersedia bekal senjata api



PARIS 14 Mac - Perancis dan Britain bersedia menyediakan senjata api kepada pemberontak Syria walaupun tanpa sokongan padu dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) lain.
Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius berkata, Paris dan London telah meminta persidangan EU berhubung pembekuan senjata api Syria dipercepatkan dan akan membuat keputusan untuk menyediakan senjata bagi kumpulan pemberontak itu jika 27 negara anggota blok Eropah tersebut tidak mencapai kata sepakat.
‘‘Perancis dan Britain meminta EU menarik balik pembekuan senjata supaya pemberontak Syria dapat mempertahankan diri mereka.
‘‘Jika tiada kesepakatan untuk menarik balik pembekuan tersebut, kerajaan Perancis dan Britain akan membuat keputusan untuk menghantar senjata kepada mereka,’’ katanya kepada stesen radio Perancis, Info hari ini.
Persidangan EU berhubung pembekuan senjata api berkenaan akan diadakan pada hujung Mei ini.
Fabius berkata, Britain dan Perancis meminta persidangan itu dipercepatkan iaitu mungkin diadakan pada hujung bulan ini.
Perdana Menteri Britain, David Cameron kelmarin berkata, Britain menimbang untuk mengenepikan pembekuan senjata EU dan membekalkan senjata kepada pemberontak Syria jika tindakan itu dapat membantu mengguling Presiden Syria, Bashar al-Assad.
EU pada bulan lepas membatalkan pembekuan ke atas pembekalan peralatan bukan senjata bahaya dan latihan kepada pemberontak. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130315/lu_06/Bersedia-bekal-senjata-api#ixzz2Nc9jPIjR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment