Friday, March 15, 2013

Jinping dipilih jadi Presiden China




JINPING (kanan) berdiri di sebelah Jintao dan bertepuk tangan selepas keputusan pemilihan Presiden China diumumkan pada Kongres Penduduk Kebangsaan Kali Ke-12 di Beijing semalam.


BEIJING - Pemimpin Parti Komunis China, Xi Jinping dipilih sebagai Presiden negara ini semalam bagi menggantikan Hu Jintao, 70.
Beberapa pegawai berkata, suami kepada penyanyi China, Peng Liyuan itu memenangi 99.7 peratus daripada 2,961 undi anggota Kongres Penduduk Kebangsaan Kali Ke-12.
Menurut beberapa pegawai, hanya satu undi menolak manakala sembilan lagi bertindak berkecuali.
Jinping, 59, sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Presiden China.
Beliau akan memimpin negara itu yang mempunyai penduduk seramai 1.35 bilion.
Jinping berdiri apabila para perwakilan kongres itu memberi tepukan ekoran pemilihannya.
Beliau yang merupakan lulusan bidang kejuruteraan kimia daripada Universiti Tsinghua ialah Presiden pertama China yang dilahirkan selepas Komunis mengambil alih pemerintahan negara ini pada tahun 1949.
Reformis dan anggota Politburo Parti Komunis China, Li Yuanchao, 62, pula dilantik sebagai Naib Presiden China yang baharu apabila beliau memenangi 96 peratus undi.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri China, Li Keqiang dijangka dilantik sebagai Perdana Menteri pada hari ini bagi menggantikan Wen Jiabao, 70. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2NZuU8pgv 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment