Saturday, March 16, 2013

'Keranda' Tian Chua di depan pejabat PKR

'Keranda' Tian Chua di depan pejabat PKR
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar (kanan) melihat objek seolah-olah keranda bersama kalungan bunga dan gambar Tian Chua di depan pejabat PKR, Melaka, semalam. Melaka Tengah: Satu objek seperti keranda berbalut kain hitam dan memaparkan sekeping gambar Tian Chua, ditemui di hadapan pintu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, di sini, pagi semalam.

Ia ditemui orang ramai di kawasan laluan kaki lima premis berkenaan di pusat perniagaan Taman Bukit Piatu Mutiara pada kira-kira 7.30 pagi.
Selain kain hitam, objek berkenaan turut mempunyai kalungan bunga pada gambar Naib Presiden PKR itu.


Ketua Penerangan PKR negeri, Hairiz Nordin ketika mengesahkannya, berkata aduan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Banda Hilir, jam 2.30 petang semalam.

No comments:

Post a Comment