Saturday, March 16, 2013

Syria ancam serang Lebanon




BEIRUT 15 Mac - Syria mengancam untuk menyerang pemberontak yang bersembunyi di Lebanon jika tentera negara ini tidak mengambil tindakan.

Agensi berita SANA, hari ini melaporkan, Kementerian Luar Syria, hari ini memaklumkan kepada rakan sejawatnya, semalam bahawa sejumlah besar pemberontak Syria menyeberangi sempadan di utara Lebanon ke bandar Tel Kalakh, Syria sejak dua hari lalu.

''Syria berharap Lebanon akan menghalang kumpulan bersenjata tersebut daripada menggunakan kawasan sempadan sebagai lokasi lintasan kerana mereka menjadikan rakyat Syria sebagai sasaran dan melanggar kedaulatan Syria.

''Kesabaran Syria ada hadnya, walaupun setakat ini tentera masih tidak mengambil tindakan ke atas kumpulan bersenjata di kawasan Lebanon,'' kata kabel diplomatik itu.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130316/lu_06/Syria-ancam-serang-Lebanon#ixzz2NgAFEXAz
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment