Friday, March 8, 2013

Penceroboh Sulu minta rokok




DUA penduduk Kampung Tanjung Labian membawa kerbau peliharaan meninggalkan kampung buat sementara waktu ekoran keadaan keselamatan yang belum menentu.


LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu melalui saat cemas apabila ditahan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata semasa menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya berdekatan Kampung Tanduo di sini, namun mujur mereka hanya meminta rokok.
Menceritakan detik cemas pada Isnin lalu, Abdul Rahman Seilani, 53, berkata, dia terserempak dengan sekumpulan kira-kira tujuh lelaki bersenjata dan berpakaian celoreng di jalan raya di kampung itu kira-kira pukul 9 pagi.
"Ketika saya lalu di depan mereka, seorang daripada lelaki itu meminta rokok daripada saya dalam bahasa Melayu.
"Saya kemudian memberikan mereka sekotak rokok yang saya ada dan mereka memberikan wang RM50 tetapi saya tidak mengambilnya," katanya ketika ditemui di Dewan Fajar Harapan di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini semalam.
Bimbang dengan keselamatan diri, Abdul Rahman mengambil keputusan untuk segera meninggalkan kampung menerusi pesisir pantai untuk ke Kampung Tanjung Labian yang terletak bersebelahan kampungnya.
"Saya kini tinggal bersama anak di kuarters pekerja Felda di Fajar Harapan," katanya.
Dewan Felda Harapan di Felda Sahabat itu menempatkan penduduk dari tujuh kampung yang berpindah berikutan tindakan pasukan keselamatan menggempur kedudukan pengganas di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2Mtuzykqs 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment