Friday, March 8, 2013

Tujuh batalion kawal Sabah

NAJIB memeriksa peluru yang dililitkan oleh salah seorang anggota keselamatan di badannya.


LAHAD DATU - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kerajaan telah menjadikan lima buah daerah di Pantai Timur Sabah sebagai 'kawasan keselamatan khas' dalam usaha untuk memperkukuhkan dan menjaga keselamatan rakyat.
Perdana Menteri berkata, persetujuan untuk mewujudkan kawasan itu telah dipersetujui Kabinet sebagai bukti kerajaan begitu mengambil berat mengenai keselamatan dan kedaulatan Sabah yang telah diceroboh pengganas Sultan Sulu sejak 12 Februari lalu.
Katanya, kawasan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kunak.
"Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu dan ia merangkumi tiga komponen utama iaitu awam, polis dan tentera dengan mandat akan diberikan kepada Ketua Menteri.
"Kerajaan juga bersetuju menambahkan kekuatan pertahanan di kawasan terbabit dengan menghantar lima batalion lagi merangkumi polis dan tentera ke kawasan bergolak," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Sebelum ini, kerajaan telah menghantar dua batalion pasukan keselamatan ke kawasan bergolak tersebut. Ini menjadikan jumlah pasukan keselamatan di daerah itu meningkat kepada tujuh batalion.
Satu batalion mengandungi kekuatan kira-kira 400 anggota.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2MtudWoHS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment