Sunday, April 7, 2013

11 maut letupan bom kereta di Afghanistan



07/04/2013 3:57am

KANDAHAR - Sejumlah enam orang termasuk tiga askar Amerika Syarikat (AS) dan seorang doktor tempatan maut dalam letupan bom kereta di selatan Afghanistan semalam manakala seorang warga awam AS turut terbunuh dalam satu serangan berasingan di timur negara itu, kata beberapa pegawai tempatan dan antarabangsa.
Serangan bom kereta itu berlaku semasa Pengerusi Ketua Staf Bersama Tentera AS, Martin Dempsey mengadakan lawatan singkat ke Afghanistan untuk menilai tahap latihan yang diperlukan oleh anggota keselamatan tempatan se belum askar AS berundur seperti yang dirancang menjelang penghujung 2014.
Menurut beberapa pegawai tempatan dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), semua askar AS ber kenaan sedang bergerak dalam satu konvoi di ibu negeri wilayah Zabul, Qalat apabila bom kereta tersebut meletup.
Gabenor Wilayah, Mohammad Ashraf Nasery tidak cedera tetapi seorang doktor tempatan dan dua warga asing terbunuh dalam serangan tersebut.
Ketika kejadian, konvoi itu berada berdekatan sebuah hospital dan pangkalan NATO. Sebanyak lima penduduk tempatan termasuk seorang pelajar dan dua wartawan cedera dalam letupan itu.
Sementara itu, seorang warga AS yang bekerja di Afg hanistan terbunuh dalam satu serangan oleh kumpulan Taliban di timur negara itu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0407&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz2PjOxUhVZ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment