Sunday, April 7, 2013

macam james bond...


Sarawak sumbang RM1j tabung Lahad Datu


ABDUL TAIB (tengah) mencuba senjata jenis M4 Carbine Bushmaster manakala isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi memegang pistol jenis Glock ketika melawat ruang pameran selepas merasmikan Hari Terbuka ATM 
di Kuching semalam.


KUCHING - Kerajaan negeri bersetuju memberi sumbangan ihsan sebanyak RM1 juta untuk disalurkan kepada semua pihak yang terjejas akibat insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu.
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kerajaan negeri amat prihatin terhadap nasib rakyat Sabah khususnya di Lahad Datu selain menghargai usaha pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara.
"Kerajaan negeri akan beri RM1 juta untuk tabung Sabah ini," kepada ketika mengumumkan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Peringkat Negeri Sarawak di Taman Pertemuan Le' Park di sini semalam.
Terdahulu, dalam ucapan beliau, Abdul Taib memuji kecekapan ATM mengendalikan isu-isu berkaitan keselamatan negara dan menyeru supaya masyarakat terus memberi sokongan serta menghargai jasa dan sumbangan warga ATM.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0407&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2PjOWZkFe 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment