Sunday, April 7, 2013

Warga Korea Selatan mula tinggalkan Korea Utara




SEKUMPULAN wartawan mengerumuni beberapa buah kereta untuk menemuramah pekerja yang pulang dari bandar Kaesong, Korea Utara di Jambatan Penyatuan, Paju, Korea Selatan semalam.



SEOUL - Semakin ramai warga Korea Selatan mula meninggalkan Korea Utara dan kilang tempat mereka bekerja, selepas empat hari Pyongyang menutup sempadan dan menghalang keluar masuk orang ramai dan barangan.
Dianggarkan seramai 21 orang warga Korea Selatan pulang dari taman perindustrian Kaesong pagi semalam. Dijangka 100 daripada 600 orang pekerja mengambil langkah sama, jelas Kementerian Penyatuan Korea Selatan.
Seorang pengurus kilang, Han Nam-il memberitahu dia nampak pegawai keselamatan Korea Utara yang lengkap bersenjata ketika melepasi sempadan.
Taman perindustrian itu merupakan sisa terakhir kerjasama antara kedua-dua buah negara tersebut.
Sekatan trafik di sempadan terbabit merupakan antara provokasi Pyongyang kerana berang dengan tindakan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu (PBB) yang mengenakan sekatan ke atasnya berikutan ujian nuklear yang dijalankannya pada 12 Februari lalu.
Minggu lalu, Korea Utara menyatakan ia telah memasuki 'fasa perang' dengan Korea Selatan. Sebelum itu, negara komunis tersebut mengancam melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika Syarikat. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0407&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2PjLQPjVD 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment