Sunday, May 26, 2013

Jalan tak sesak lagi

Foto
ALIRAN kenderaan di tol Sungai Besi
 menghala selatan mula berkurangan.
Kuala Lumpur: Beberapa laluan keluar ibu kota seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara dan selatan tidak mengalami kesesakan teruk disebabkan orang ramai sudah mula pulang ke kampung, sejak Khamis lalu.
Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata, laluan keluar ibu kota masih sesak kelmarin disebabkan kebanyakan warga kota mula bercuti sempena perayaan Hari Wesak dan cuti persekolahan, tetapi aliran trafik berkurangan semalam. 
Katanya, tiada kemalangan dilaporkan di kedua-dua lebuh raya berkenaan pada sebelah pagi.

“Kita juga membuka lebih banyak laluan tol dan pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan serta bagi pengguna yang memiliki Touch n Go dan Smart Tag, mereka boleh menggunakannya bagi mempercepatkan urusan di plaza tol,” katanya ketika dihubungi.


Orang ramai dinasihatkan supaya mengikut jadual cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan PLUS Expressways Bhd (PLUS) bagi Lebuhraya Utara-Selatan.

Bagi 23 Mei hingga 9 Jun, waktu perjalanan dicadangkan ialah dari Lembah Klang ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang melalui Juru serta Johor melalui Skudai, Senai Utama, Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak sebelum 12 tengah hari.

Sementara perjalanan dari Lembah Klang ke Perak Utara melalui Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping serta Melaka melalui Jasin dan Ayer Keroh antara 12 tengah hari hingga 3 petang.

Kenderaan yang berakhir dengan nombor plat ganjil bagi semua perjalanan melalui Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan Pulau Pinang pula dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam ganjil, manakala kenderaan yang berakhir dengan nombor plat genap bermula pada setiap jam genap.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik.

No comments:

Post a Comment