Sunday, May 26, 2013

KDN banteras ‘tentera siber’ sebar fitnah


BAGAN DATOH – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan ‘tentera siber’ tertentu.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.
“Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti ‘Red Bean Army’ yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0526&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2UOxw9uPA 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment