Wednesday, May 22, 2013

Korea Utara bebaskan 16 nelayan China



 
BEIJING: Korea Utara membebaskan 16 nelayan China dan bot mereka, kata media tempatan di sini semalam selepas laporan bahawa penyerang bersenjata menawan kelasi dan menuntut wang tebusan.

“Semua nelayan bersama bot mereka selamat dan sedang dalam perjalanan pulang,” kata agensi berita Xinhua, memetik pegawai kedutaan China di Pyongyang sebagai berkata ia mendengar berita itu daripada pemilik kapal.
Xinhua berkata nelayan ditahan “pihak Republik Demokratik Rakyat Korea”, menggunakan nama rasmi Utara tanpa memberi butiran lanjut.

Pemilik kapal, Yu Xuejun memberitahu AFP bahawa Korea Utara yang bersenjata merampas bot di perairan antara kedua-dua negara 6 Mei lalu dan menuntut bayaran 600,000 yuan (RM294,867) untuk membebaskan nelayan, menambah mereka kemungkinan tentera Pyongyang.

Insiden itu adalah ketegangan terbaru dalam hubungan antara kedua negara jiran terbabit.

Beijing adalah sekutu tunggal utama Pyongyang dan penyedia penting bantuan dan perdagangan, namun China berkata ia “dengan tegas membantah” ujian atom Utara Februari lalu.

“China masih “berhubung rapat” dengan Korea Utara mengenai insiden itu,” kata jurucakap kementerian luar Hong Lei dalam satu taklimat berita kelmarin.
Penahanan itu mencetuskan kemarahan secara online di China, dengan pengguna Internet menuduh pihak berkuasa tidak membuat usaha mencukupi untuk membantu pembebasan lelaki terbabit.

Dalam ruangan pengarang semalam sebelum pembebasan diumumkan, akhbar tempatan Global Times berkata China “sepatutnya membiarkan pihak Korea Utara tahu kami sedang marah.”

“Jika Korea Utara terus berkasar, China perlu mengambil tindakan lebih tegas,” katanya.

Insiden itu berlaku setahun selepas kepulangan 29 nelayan yang turut diculik pihak tidak dikenali Korea Utara yang menuntut bayaran tebusan 1.2 juta yuan (RM589,629.66). -AFP

No comments:

Post a Comment