Wednesday, May 22, 2013

SPR tubuh pasukan khas



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas tidak kekal lama selepas dicalit.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, berdasarkan pengalaman pertama itu, SPR yang mengadakan mesyuarat semalam memutuskan untuk menubuhkan Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU ke-13 untuk meneliti hal-hal berkaitan dakwat kekal itu.
Beliau berkata, pasukan itu antara lain akan mengkaji aspek ramuan, syarat Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal dan kaedah calitan dakwat kekal di jari.
Pasukan itu juga akan meneliti hasil ujian yang telah dibuat sebelum dan selepas dakwat itu dihantar ke Malaysia.
"SPR menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi lebih daripada sekali oleh seseorang pengundi namun penggunaan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada parti politik, calon dan pengundi bahawa dakwat kekal itu tidak kekal lama melekat di jari pengundi," katanya dalam kenyataan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2TyJFW3Gg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment