PTI menang di Karachi
Penyokong Imran Khan meraikan kemenangan dalam pilihan raya semula di Karachi.
ISLAMABAD - Parti Tehriki-Insaf (PTI) diketuai bekas pemain kriket antarabangsa Imran Khan, memenangi pilihan raya semula di Karachi, kelmarin.

Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan, PTI mendahului pesaing dari Parti Muttahida Quami Movement (MQM) pimpinan Asif Hussain dengan kelebihan satu kerusi.

PTI diwakili Dr Arif Alvi memperoleh 77,000 undi manakala MQM diwakili Khushbakht Shujaat hanya memperoleh 30,000 undi.

Jika keputusan itu kekal, kerusi Parlimen wilayah Sindh bakal diwakili calon PTI sekali gus melenyapkan dominasi MQM yang selama ini mendapat sokongan daripada Muslim Urdu.

Kelmarin, sebanyak 43 daripada 200 kawasan di Karachi terpaksa melakukan pengundian semula selepas mendapat bantahan daripada kedua- dua parti selepas Pilihan Raya Umum, 11 Mei lalu. Bantahan itu juga turut menyebabkan pemimpin PTI, Zahra Shahid Hussain terbunuh.

Imran Khan mendakwa parti MQM bertanggungjawab terhadap kejadian itu dipetik daripada laporan AP