22 Mei 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kejayaan Umno memperoleh undi popular hasil salah guna jentera kerajaan selain ketidakadilan media arus perdana.
Menurutnya, Nabi Muhammad SAW juga tidak popular pada awalnya walaupun cuba mengembangkan Islam di Makkah.
“Pada saya, popular atau tidak, itu bukan soal utama. Kebenaran tidak semestinya popular, bahkan Rasulullah SAW di Makkah tidak popular, tetapi tiba di Madinah, baginda terus jadi popular.
“Dengan seluruh jentera kerajaan digunakan untuk mempromosi Umno serta Barisan Nasional siang dan malam televisyen tidak henti-henti menyiarkan propaganda, jika hanya setakat itu sahaja Umno popular, saya kira ini masih satu kegagalan buat Umno,” katanya, semalam.
Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata demikian ketika mengulas laporan Sinar Harian semalam berhubung laporan Kajian Pasca PRU13 yang menunjukkan bahawa Umno paling popular termasuk di Kelantan.
Dalam PRU13 lalu, Pas Kelantan kembali membentuk kerajaan setelah berjaya kuasai 33 kerusi Dun berbanding Umno, 12 kerusi.
Laporan Kajian Pasca PRU13 semalam turut menyatakan BN terus diberi mandat memerintah negara ini apabila memperolehi majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada PRU13 lalu, sementara pakatan pembangkang yang dibarisi PKR, DAP dan Pas hanya memperoleh 89 kerusi sahaja.
Manakala dari segi undi popular, secara keseluruhan pengundi yang keluar mengundi dalam pilihan raya pelbagai parti itu, BN berada di tempat pertama dengan memperoleh undi sebanyak 5,237,699; kedua, PKR (2,254,328), ketiga, DAP (1,736,267), keempat, Pas (1,633,389) manakala parti-parti lain dan Bebas (192,904).
Selain itu, berdasarkan analisis Sinar Harian mengenai keputusan undi PRU13 juga menyaksikan BN peroleh undi popular di Perlis, Kedah dan Perak berbanding PR.

No comments:
Post a Comment