Wednesday, May 22, 2013

Selatan Thailand 'bergelap'


 
Bangkok: Satu kejadian terputus bekalan elektrik terbesar dilaporkan melanda 14 wilayah di selatan Thailand semalam, menjejaskan lebih lapan juta penduduk termasuk di kawasan tarikan pelancong terkenal seperti Koh Samui dan Phuket.

Kejadian berlaku jam 7 malam dan keadaan dilaporkan kembali pulih di beberapa kawasan tertentu sekitar jam 8 malam. Bagaimanapun kebanyakan kawasan pelancongan di Phuket dilaporkan masih bergelap walaupun selepas dua jam kejadian. Pihak berkuasa berkata beberapa kawasan hanya akan pulih sebelum awal pagi.
Pihak berkuasa menolak kemungkinan ia perbuatan pengganas.

Semua wilayah di selatan Surat Thani terjejas termasuk Chumphon, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Phang Nga, Phatthalung, Phuket, Ranong, Satun, Songkhla, Surat Thani, Trang dan Yala. - AGENSI

No comments:

Post a Comment