Monday, August 18, 2014

PAS buat pusingan U


Kuala Lumpur: PAS semalam membuat pusingan U apabila mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru selain mencalonkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk turut menduduki jawatan itu.
Keputusan itu nyata bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS dipengerusikan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar dan menolak Wan Azizah sebagai calon menteri besar yang baru. 
Selain itu, mesyuarat berkenaan juga membuat keputusan untuk PAS terus kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR). 

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, semua keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat hampir dua jam bermula jam 10.10 pagi.
Foto
ABDUL Hadi (tengah) tiba di bangunan pejabat PAS.

“Dalam mesyuarat itu juga, kami turut memutuskan empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari PAS akan tetap kekal dalam pentadbiran Abdul Khalid buat masa ini.

“Malah, PAS bertegas tidak akan menuntut jawatan menteri besar daripada PKR dalam melaksanakan kerjasama politik dalam PR,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, semalam. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

No comments:

Post a Comment