Monday, August 18, 2014

Ribuan penunjuk perasaan desak Nawaz Sharif letak jawatan

BERIBU-RIBU penunjuk perasaan daripada parti pembangkang yang diketuai ulama terkenal, Tahir-ul-Qadri di Islamabad, hari ini.
ISLAMABAD: Beribu-ribu penunjuk perasaan daripada parti pembangkang mengadakan bantahan di jalan raya bagi hari kedua hari ini, selepas ulama popular mengeluarkan amaran 48 jam bagi mendesak penahanan Perdana Menteri, Nawaz Sharif.
Kata dua itu diberi ketika penunjuk perasaan diketuai ulama terkenal, Tahir-ul-Qadri dan pemain kriket yang kini menjadi ahli politik, Imran Khan mengadakan perhimpunan di Islamabad bagi mengemukakan desakan mereka.
Semalam, Khan meminta Sharif supaya meletakkan jawatan dan mendakwa bahawa berlaku penipuan meluas ketika pilihan raya.
Jurucakap parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI), Shireen Mazari, berkata Khan akan menggariskan desakan partinya kepada kerajaan dalam ucapannya petang ini.
"Kami tidak akan berundur sehingga desakan kami diterima. Kami mahu semua pihak yang terbabit dengan penipuan dalam pilihan raya dibicarakan di bawah undang-undang khianat," katanya.
Semalam, Khan memberi amaran kepada Sharif supaya meletakkan jawatan atau penyokongnya akan memasuki 'Zon Merah' di mana terletaknya bangunan kerajaan dan kedutaan. - AFP

No comments:

Post a Comment