Wednesday, August 20, 2014

Rusuhan tercetus lagi di Ferguson


FERGUSON 19 Ogos - Polis Amerika Syarikat (AS) menembak gas pemedih mata ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang merusuh di bandar Missouri hari ini, ekoran tindakan seorang pegawai polis yang menembak dan membunuh seorang remaja kulit hitam.
Tindakan itu dilakukan beberapa jam selepas Presiden AS, Barack Obama menyeru kumpulan perusuh untuk bertenang.
Pasukan Pengawal Keselamatan Kebangsaan AS bergegas ke Ferguson lebih awal, namun pasukan tersebut menyusup masuk ke dalam kumpulan perusuh yang terdiri daripada 100 orang penunjuk perasaan pada pukul 11 malam waktu tempatan lalu menangkap kebanyakan mereka.
Obama berkata,beliau telah mengerahkan Peguam Negara Eric Holder ke Ferguson esok apabila Washington menyeru satu siasatan awam dilakukan berkaitan kes berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140820/lu_06/Rusuhan-tercetus-lagi-di-Ferguson#ixzz3Ase8Dw3K
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment