Thursday, September 11, 2014

Ah Chai lelaki Tionghua membela Melayu


http://www.detikdaily.net | .
   
TUHAN sudah jatuhkan tugas kepada saya. Saya yakin dan sebab itulah saya nekad untuk mencapai matlamat saya.”
Demikian jawapan Chua Peng Sian, 49, apabila ditanya faktor yang mendorong beliau nekad berjalan kaki sejauh 500 kilometer dari Pengerang ke Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada Jun lalu.

Chua atau mesra dipanggil Ah Chai merupakan anak jati Pengerang yang sedang berjuang mempertahankan kubur nenek moyangnya daripada dialihkan bagi membangunkan Projek Pembangunan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).
Lelaki berbadan kurus dan tinggi itu berjaya berjalan kaki ke Kuala Lumpur selama 11 hari dan menyerahkan memorandum kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen dan kepada pihak Petronas di KLCC.
Menceritakan detik-detik sukar menyudahkan perjalanan, beliau berkata, beliau berazam meneruskan perjalanan walaupun diserang demam dan mengalami sakit belakang.
Katanya sepanjang perjalanan, beliau sangat menjaga disiplin kerana mahu mencapai misinya mengikut waktu yang ditetapkan.
Beliau memulakan perjalanan awal pagi setiap hari dan berhenti untuk makan tengah hari dan meneruskan perjalanan hingga malam dan tiba ke sesuatu destinasi mengikut jadual.
“Saya ambil vitamin dan makan pun makanan biasabiasa sahaja. Tempat tidur pun biasa-biasa sahaja kerana saya tidak mementingkan semua itu asalkan saya berjaya sampai ke Kuala Lumpur,” katanya sambil menambah ramai polis cawangan khas (SB) yang ‘menjaga kebajikan’ beliau sepanjang perjalanan.
Bersama 40 orang yang lain, hanya beliau yang berjaya berjalan kaki tanpa sehari pun menaiki kenderaan.
Semuanya dilakukan kera na perasaan kecewa dan marah dengan tindakan Kerajaan Negeri dan Petronas yang membangunkan projek gergasi di kampung mereka dan merampas tanah penduduk kampung termasuk mengalihkan kubur.
“Saya memang anak kelahiran kampung ini, ti dak pernah keluar dari kampung. Saya bersekolah, bekerja, berkahwin dan men dapat dua orang anak di kampung ini. Saya betul-betul sayangkan kampung saya,” ceritanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Buloh, berdekatan Pekan Sungai Rengit, 3 September lalu.
Kubur Islam dan bukan Islam sama diperjuang
Dengan penuh semangat beliau bercerita, bukan sahaja kubur bukan Islam yang diperjuangkan malah beliau turut memperjuangkan kubur orang Islam yang juga menerima nasib yang sama.
Pengerusi Kumpulan Save Pengerang NGO Alliance itu berkata, perjuangannya bukan untuk kaum Tionghoa sahaja malah untuk semua penduduk Pengerang yang terumbang-ambing kehidupan mereka selepas projek projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) dan PIPC dimulakan.
“Jangan cakap saya hanya mempertahankan kubur Cina sahaja tetapi saya juga cuba pertahankan kubur Orang Islam. Saya hairan kenapa Orang Islam dengan senang sahaja membiarkan kubur waris mereka dipindahkan walaupun tidak mengikut prosedur yang betul,” katanya dengan kesalahan Bahasa Melayu yang minima, tanda beliau sudah biasa bertutur dalam Bahasa Melayu dan bergaul dengan Orang Melayu.
Beliau bagaikan tidak mengenal erti takut dan lelah apabila berazam akan terus berjuang mempertahankan kampung tradisi dan kubur nenek moyang mereka daripada diusik.
“Bagi orang Cina, usik orang yang sudah meninggal adalah sangat menjadi pantang larang kami. Dan saya yakin bagi orang Islam pun, kerja-kerja alih kubur perlu mengikut prosedur dan Mufti Johor sendiri ada kata, pengalihan mayat perlu dilakukan mengikut tertib,” katanya kesal.

No comments:

Post a Comment