Thursday, September 11, 2014

Dr Abdul Aziz Bari Pecahkan Lagi Tembelang Umno... Ini Yang Selama Ini Tidak Diketahui Oleh Orang Melayu

Sering kali Rakyat Malaysia Diberitahu agar jangan Menderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Sultan-Sultan Melayu terutama nya Orang-Orang Melayu kerana dikatakan Baginda adalah umpama Tiang Seri sesebuah Negeri dan Negara, namun menurut Pakar Perlembagaan Dr. Abdul Aziz Bari bahawa Undang-Undang di Malaysia tidak menyifatkan DERHAKA kepada Sultan dan Raja itu sebagai satu kesalahan jenayah.
Menurut kata beliau "Pertamanya, setahu saya, tiada Undang-Undang di Malaysia yang Menjenayahkan apa yang dikatakan sebagai Derhaka. Derhaka bukan satu Kesalahan. Undang-Undang yang digunapakai di Malaysia tidak sama dengan Undang-Undang yang diguna pakai di Thailand, yang meletakkan Derhaka sebagai satu Kesalahan Jenayah dimana Hukuman atau Tindakan boleh diambil terhadap Sesiapa yang didapati Menderhaka kepada Sultan atau Raja.

"Di Malaysia tidak ada Undang-Undang Derhaka, jadi itu hak ‘pihak’ berkenaanlah untuk Menderhakakan sesiapa sahaja untuk jadi Katak ke atau apa pun, Saya harap Raja-Raja dan Pihak Istana faham serta tidak termakan FITNAH UMNO yang mengatakan PKR dan DAP KURANG AJAR, ini tidak timbul. Kita pegang Prinsip Perlembagaan, Negara ini mengamalkan Demokrasi. Dalam Demokrasi tidak ada yang dikatakan KUASA MUTLAK sebagaimana tiada Kuasa Mutlak dalam Islam".

"Dari mana Kuasa Mutlak ini. Apa Asasnya ?, yang ada Kuasa Mutlak hanya Allah SWT sahaja. Di Negeri Selangor sudah mempunyai 30 SD dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Apabila Sultan Menitahkan dan mengeluarkan Perintah meminta nama lain, pada saya ini SALAH dari segi Undang-Undang. Konsep Demokrasi Berparlimen jelas Melindungi Istana daripada Terlibat dalam Kancah Politik".

 "Adakah Pihak Istana SANGGUP Dipersalahkan atau Dilibatkan sekiranya Kerajaan Negeri GAGAL ?, andai kata Kerajaan tersebut LANTIKAN Peribadi Raja atau Sultan. Apakah Raja atau Sultan mahu Menanggung KEGAGALAN tersebut. Disini Pihak istana Perlu Sedar yang URUSAN Pentadbiran Kerajaan Negeri digerakkan oleh Sebuah Kerajaan yang DIPILIH RAKYAT dan segala Urusan Pentadbiran di bawah Tanggungjawab mereka".

Rupa-rupanya selama Umno Memerintah konon nya sebagai Pembela Raja-Raja Melayu  tidak pernah Ujud Undang-Undang yang dikatakan MENDERHAKA tu beb, Menderhaka hanya ada pada ISTILAH yang boleh diguna Pakai oleh sesiapa dan ditujukan kepada sesiapa. Alamak... selama ini Mamposss Orang Melayu DITIPU oleh Pemimpin Umno. Patutlah dikatakan Umno adalah Pembela Raja-Raja Melayu beb, rupa Tiada Undang-Undang Derhaka diujudkan... kah kah kah !.

Oleh itu pada gua jika ada Tindakan Rakyat Malaysia yang dikatakan sebagai Menderhaka kepada Raja atau Sultan sepatutnya yang Pertama diambil Tindakan ialah kepada Umno dan Pemimpin Umno, atas sebab yang Memerintah selama Berpuluh Tahun baik Negara Malaysia mahu pun Negeri Selangor adalah Parti Umno serta Pemimpin. Ini kah yang dikatakan Pembela kepada Raja dan Sultan namun Undang-Undang Derhaka kepada Raja dan Sultan pun tidak diujudkan.

Atau Kemungkinan Undang-Undang Derhaka tidak mahu diujudkan supaya Umno serta Pemimpin Umno boleh Menderhaka sesuka hati Mak Bapak dia orang jika dia orang mahu Menderhaka. Sering kali apabila Pemimpin Umno yang melakukan sesuatu Perbuatan Menderhaka kepada Raja atau Sultan ianya akan dipanggil dan dikatakan Memberi Nasihat atau Menegur bukan Menderhaka. Bijak beb Bijak... ini lah dia kalau dah Anak Kelahiran Inggeris Penjajah maka Perangai pun sebiji macam Inggeris Penjajah... kah kah kah !. sumber diedit dari fmt


hemmmmm... setahu gua rakyat yang paling taat kepada raja dan sultan dalam dunia ni adalah bekas ulul amri umno dari kerela, walaupun dari kerela namun beliau adalah rakyat malaysia yang paling taat pada raja dan sultan... kah kah kah !.
http://inderasipejuang.blogspot.com/2014/09/dr-abdul-aziz-bari-pecahkan-lagi.html?spref=fb

No comments:

Post a Comment