Thursday, September 11, 2014

Video anggota pengaman PBB yang diculik dimuat naik

KHAMIS, 11 SEPTEMBER 2014 @ 3:49 PM

 
SYDNEY: Kumpulan militan disokong al-Qaeda yang menculik 45 anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dua minggu lalu di Bukit Golan memuat naik video di mana tebusan terbabit dari Fiji, berkata mereka menjangka akan dibebaskan tidak lama lagi.

Video itu, yang dimuat naik ke Twitter Barisan Nusra dan akaun YouTube semalam yang mungkin dirakam sehari sebelumnya, menunjukkan anggota pengaman itu dalam keadaan baik, sesekali tersenyum dan melambai ke arah kamera.

"Kami selamat dan masih hidup dan berterima kasih kepada Jabhat al-Nusra kerana tidak mencederakan kami dengan apa cara sekalipun," kata salah seorang tebusan yang tidak dikenali.

"Kerajaan Fiji menggesa semua pihak supaya membantu pembebasan anggota pengaman berkenaan dan memastikan mereka dapat kembali ke keluarga masing-masing dengan selamat," kata kenyataan kerajaan Fiji. - AFP

No comments:

Post a Comment