Thursday, September 11, 2014

Karzai gesa calon presiden bersepakat

SELASA, 9 SEPTEMBER 2014 @ 3:52 PM

 
KABUL: Presiden Afghanistan Hamid Karzai menggesa kedua-dua calon presiden yang bermasalah agar mencapai persetujuan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan.

Bercakap pada acara percutian nasional yang dihadiri kedua-dua calon hari ini, Karzai berkata masa bagi beliau memegang jawatan presiden sudah berlalu dan negara mahukan sebuah kerajaan baharu.

Beliau memberitahu perhimpunan yang dihadiri beratus-ratus orang supaya menggesa Abdullah Abdullah dan Ashraf Ghani Ahmadzai agar mencapai persetujuan.

Karzai berkata kedua-duanya boleh mencapai persetujuan dalam masa beberapa hari dan Afghanistan akan mempunyai kerajaan baharu dalam tempoh seminggu.



Semalam Abdullah menegaskan beliau tidak menerima keputusan pengiraan semula undi, satu petanda bahawa kiraan undi rasmi menyebelahi Ghani Ahmadzai.

Pengumuman rasmi dijangka dibuat minggu ini. - AP

No comments:

Post a Comment