Thursday, September 11, 2014

Umno BN berusaha keras lumpuhkan Pakatan


http://www.detikdaily.net | .
  
MUKADIMAH: Untuk terus kekal berkuasa, Umno-BN telah menggunakan pelbagai taktik kotor sejak dahulu hingga kini bagi melumpuhkan pembangkang. Antaranya termasuklah penggunaan Akta Hasutan 1948, campur tangan terhadap perbicaraan di mahkamah, dasar pecah dan perintah, membeli wakil rakyat pembangkang dan penyebaran fitnah, sehingga akhirnya turut mendatangkan kesan buruk kepada mereka. Ikuti pandangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar mengenai perkara ketika ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA

WARTAWAN: Dalam menghadapi PAS atau Pakatan, Umno-BN menggunakan pelbagai taktik kotor untuk melumpuhkan gabungan. Ditangkap, didakwa dan macam-macam lagi...
DATO’ KAMARUDIN JAFFAR: Ia sangat terkesan. Ini boleh dirujuk kepada tindakan pihak kerajaan Umno-BN dengan melakukan pendakwaanpendakwaan dengan menggunakan Akta Hasutan.
Ini merupakan perkara dasar dan perubahan sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Mereka yang kena bukan sahaja pemimpin-pemimpin Pakatan, tetapi juga pegawaipegawai kerajaan, orang-orang profesional, pensyarahpensyarah.
Kesannya, mereka yang terkena itu pasti akan mengkaji semula sikap kerajaan Umno- BN terhadap mereka, terhadap rakyat yang penuh dengan penindasan terhadap rakyat.
Mereka juga akan melihat tindakan kerajaan itu sebagai satu perkembangan yang negatif dan menjejaskan suasana politik dan ekonomi.
Pegawai-pegawai kerajaan atau orang-orang profesional yang terkena itu pasti akan menyifatkan tindakan yang dikenakan ke atas mereka itu sebagai tekanan politik ke atas mereka. Ini pasti menyebabkan berlaku keadaan yang tidak menyenangkan dan tidak selesa ke atas rakyat.
Terdapat banyak dakwaan pemimpin Umno-BN didakwa turut campur tangan dalam proses mahkamah melibatkan seteru mereka.
Yang jelasnya biasanya pendakwaan-pendakwaan khususnya yang berlaku sekarang berlaku setelah adanya desakan, bukan sahaja daripada dalaman Umno seperti juga yang sedang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Dato’ Seri Najib sekarang, tetapi juga daripada NGO-NGO perkauman seperti Isma dan Perkasa. Ini jelas.
Ini boleh kita tafsirkan sebagai pendakwaan terpilih.
Sepatutnya pemimpin-pemimpin NGO perkauman seperti Isma dan Perkasa dan pemimpinpemimpin BN yang jelas menghasut boleh juga didakwa di bawah Akta Hasutan, tetapi ini tidak berlaku.
Sebaliknya Akta Hasutan hanya digunakan ke atas pemimpin-pemimpin atau ahliahli parti pembangkang sahaja.
Akta Hasutan hanya digunakan untuk politik kepartian, bukan untuk kesejahteraan negara dan masyarakat.
Dasar pecah dan perintah juga digunakan oleh Umno- BN untuk melumpuhkan pembangkang.
Tidak dapat dinafikan, dasar pecah dan perintah merupakan satu dasar dan taktik politik yang diamalkan oleh partiparti politik. Di negara-negara lain juga turut digunakan taktik pecah dan perintah dan ia masih lagi dilihat dalam perkembangan politik yang agak biasa untuk menghadapi pihak lawan. Tetapi di Malaysia akta digunakan, contohnya Akta Hasutan.
Selain itu, di Malaysia pihak kerajaan turut menggunakan jabatan-jabatan kerajaan, radio dan televisyen dan semua media dikawal oleh kerajaan.
Inilah yang membezakan dasar pecah dan perintah di negara kita dengan negara-negara demokrasi lain di dunia ini.
Dasar pecah dan perintah dalam konteks kepartian boleh kita terima sebagaimana di negara-negara lain untuk menghadapi parti lawan, tetapi kalau ia berakhlak, adil dan saksama. Ini amat berbeza berbanding di negara kita yang bagaikan bermain bola di padang yang tak sama rata dan pengadilnya yang tidak bebas.
Akta Hasutan dilihat tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa...
Akta Hasutan ini dibuat oleh penjajah zaman penjajahan British ke atas negara kita dulu untuk kepentingan penjajah.
Dalam suasana sekarang, Akta Hasutan sudah tidak perlu lagi. Malah sekarang kita sudah ada undang-undang lain untuk digunakan bagi menjaga keselamatan negara dan untuk mendakwa orang yang disabitkan dengan menghasut seperti Akta Keharmonian Nasional.
Jelas sekali, Akta Hasutan perlu dimansuhkan dan ditukar kepada undangundang lain seperti Akta Keharmonian Nasional.
Tambahan pula, kerajaan sendiri telah mengumumkan untuk memansuhkan Akta Hasutan.
Proses untuk menggunakan Akta Keharmonian Nasional pun dah dimulakan.
Jadi, kerajaan perlu membawa akta itu segera ke Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan.
Kita dari pembangkang bersedia untuk menyokong Akta Keharmonian Nasional jika ia dibawa ke Parlimen. Kita dari pembangkang sememangnya menyokong undang-undang baru yang lebih adil.
Adakah teknik membeli wakil rakyat pembangkang masih terus diamalkan oleh Umno- BN hingga sekarang?
Ia berlaku dari zaman awal 60-an lagi. Amalan ini dilakukan bersekali dengan politik wang yang melibatkan pemberian wang deposit kepada wakil rakyat terbabit. Selain itu, ia turut membabitkan penggunaan alat-alat dan jentera kerajaan, ugutan-ugutan dan penahanan di bawah ISA dan sebagainya.
Kita harap penggunaan politik wang ini tak lagi menjadi amalan mana-mana pihak. Rakyat perlu diberikan kebebasan dalam pilihan raya untuk memilih sesiapa sahaja calon yang dikehendaki oleh mereka.
Rakyat berhak mendapatkan perkhidmatan yang baik daripada wakil rakyat mereka melalui proses pilihan raya.
Rakyat berharap agar wakil rakyat mereka tidak lagi diugut dan berhadapan dengan tindakan-tindakan di luar undang-undang seperti juga politik wang.
Umno-BN juga tanpa segan silu menggunakan fitnah untuk mengalahkan lawan politiknya, sedangkan ia ditegah keras oleh agama.
Dalam menghadapi politik, kita memerlukan politik yang matang, politik yang maju, politik yang bermoral.
Politik yang mengaibkan, memfitnahkan, mengongkong media dengan kuasa sebagai kerajaan adalah budaya yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam, bahkan negaranegara bukan Islam dan negara-negara Barat pun tak lagi mengamalkan politik seperti ini.
Maruah dan penghormatan pemimpin-pemimpin tinggi politik dan segenap lapisan anggota masyarakat tak boleh dicerobohi oleh pihak pemerintah. Amalan ini amat jijik dari sudut agama dan moral dan tiada siapa pun yang terlibat yang boleh dibiarkan terlepas dari dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Ternyata taktik-taktik kotor yang dipasang Umno-BN nampaknya telah memberikan kesan buruk kepada Umno-BN sendiri.
Umno sendiri pun sepatutnya sedar, menggunakan taktik-taktik kotor bukan hanya akan menjejaskan parti-parti lawannya, tetapi ia pasti akan memberikan pelbagai keburukan kepada partinya sendiri.
Sekarang kesan buruk dari permainan taktik-taktik kotor itu juga sudah dirasai dalam Umno-BN sendiri, sehingga menyebabkan dalam Umno sendiri pun sekarang sudah menjadi sangat tak stabil.
Pimpinan Umno sendiri sekarang sedang dikritik hebat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tindakan Dr Mahathir itu samalah seperti yang dilakukan ke atas Pak Lah dulu dan sekarang terkena kepada Dato’ Seri Najib pula. Ini membuktikan taktik-taktik kotor yang digunakan itu pasti akan turut menjejaskan politik dalaman parti mereka sendiri seperti yang sedang dialami Umno sendiri sekarang.

No comments:

Post a Comment