JAKARTA - INDONESIA. Artis Indonesia, Anang Hermansyah mengaku sulit meninggalkan dunia muzik selepas bergelar anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang disandang selepas memenanginya ketika pilihan raya umum legislatif lalu.

Menurut Tribunenews, bekas suami kepada penyanyi Krisdayanti yang kini berusia 45 tahun itu, secara terbuka mengaku dunia muzik sudah sebati dengan dirinya sejak kecil.

"Walaupun sukar tetapi saya akan tetap fokus memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat kerana ia adalah amanah besar yang diberikan," katanya yang kini menjadi suami kepada penyanyi Ashanty.

Difahamkan, sehingga kini beliau masih berkarya, tetapi dilakukan selepas waktu kerja.