Tuesday, September 9, 2014

Bedilan roket sasarkan lapangan terbang Donetsk



LAPANGAN terbang berhampiran bandaraya Donetsk di timur Ukraine menjadi sasaran bedilan roket pada tengah malam tadi. - Foto AFP
KIEV: Lapangan terbang berhampiran bandaraya Donetsk di timur Ukraine menjadi sasaran bedilan roket pada tengah malam tadi.
Hab pengangkutan itu, yang musnah teruk dalam pertempuran sengit Mei lalu, diserang lagi dengan bedilan mortar dan roket sebanyak empat kali malam tadi, kata perkhidmatan akhbar bagi operasi tentera di timur hari ini.
Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
Masih terdapat beberapa kejadian melanggar perjanjian gencatan senjata dilaporkan di sana sini sejak persetujuan gencatan senjata dicapai antara kerajaan Kiev dan pemberontak pro-Russia Jumaat lalu, berikutan konflik selama lima bulan itu.
Secara keseluruhannya gencatan senjata itu masih dapat bertahan. - AFP

No comments:

Post a Comment