Tuesday, September 9, 2014

Pelajar didakwa menghasut


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Seorang pelajar separuh masa di sebuah universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sela­yang dekat sini hari ini atas tuduhan menerbitkan perkataan menghasut dan berunsur penghinaan terhadap sultan di laman sosial Facebook awal tahun ini.
Ali Abd. Jalil, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di rumahnya di No. 62, Jalan SM9, Sunway, Batu Caves, Gombak di sini pada pukul 2 petang, 21 Januari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang berikutnya, boleh dipenjara sehingga lima tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Michelle Yesudas.
Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Fuzi membenarkan Ali diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Oktober ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140909/ma_06/Pelajar-didakwa-menghasut#ixzz3ClhLYhPa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment