Tuesday, September 9, 2014

Kate Middleton hamil anak kedua



PUTERA WILLIAM dan Kate Middleton bersama anak pertama mereka, Putera George.


ENGLAND - Isteri kepada pewaris kedua takhta England, Putera William, Kate Middleton disahkan hamil anak kedua, kata seorang jurucakap Istana Kensington.
Kate yang berusia 32 tahun dijangka melahirkan anak keduanya itu pada tahun hadapan.
Dalam satu kenyataan, Istana Kensington berkata, pasangan Diraja Cambridge amat berbesar hati untuk mengumumkan kehamilan anak kedua mereka.
"Kate mengalami alahan teruk semasa kehamilan itu sama seperti kehamilan pertamanya.
"Bagaimanapun, Kate tidak dimasukkan ke hospital sebaliknya dirawat oleh beberapa doktor di Istana Kensington," kata kenyataan itu lagi.
Pasangan diraja itu dikurniakan seorang anak lelaki, Putera George Alexander Louis yang lahir pada 22 Julai tahun lalu.
Perdana Menteri, David Cameron turut merakamkan ucapan tahniah di atas berita gembira tersebut.
"Kita mengucapkan tahniah ke atas pasangan Diraja Cambridge. Saya begitu gembira menerima berita bahawa mereka bakal menimang seorang lagi anak," katanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3Clt4wSq5 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment