LONDON - Ratu Elizabeth mendesak warga Britain menghormati keputusan referendum Scotland. Desakan itu disampaikan sejurus keputusan diumumkan semalam di mana ia berpihak kepada penolakan kemerdekaan buat Scotland selepas 55 peratus mengundi 'tidak' untuk keluar daripada Kesatuan Britain. "Saya tahu keinginan rakyat Scotland. Saya tidak melihat mereka berbeza dengan warga Britain. Mereka berhak mengeluarkan pendapat dalam semangat saling menghormati, "katanya kepada Reuters. Sementara itu, di Glasgow, Perdana Menteri Alex Salmond mengambil keputusan melepaskan jawatan selepas tewas dalam referendum yang berlangsung pada Jumaat lalu. Salmond yang mewakili Parti Kebangsaan Scotland (SNP) berkata, walau pun tewas beliau tetap akan memastikan impian rakyat Scotland untuk mencapai kemerdekaan tercapai. "Kempen ini perlu diteruskan bagi merealisasikan hasrat warga Scotland. Ia tidak akan mati begitu sahaja, "katanya.