Dari kiri: Duta Russia ke Ukraine, Mikhail Zurabov; Kuchma dan wakil OSCE, Heidi Tagliavini ditemui media selepas rundingan damai Ukraine di Minsk, Belarus, awal pagi semalam. - Foto: AFP
Dari kiri: Duta Russia ke Ukraine, Mikhail Zurabov; Kuchma dan wakil OSCE, Heidi Tagliavini ditemui media selepas rundingan damai Ukraine di Minsk, Belarus, awal pagi semalam. - Foto: AFP
BELARUS - Ukraine setuju wujudkan zon penampan bagi memisahkan askar kerajaan dan pemberontak pro-Russia dalam usaha memastikan kestabilan di timur negara berkenaan. Menurut AP, persetujuan itu dicapai di kalangan wakil Ukraine, Russia, pemberontak disokong Moscow dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE). Wakil Kiev iaitu bekas Presiden Ukraine, Leonid Kuchma berkata, perjanjian itu akan mula dilaksanakan dalam tempoh sehari dan sekali gus memastikan usaha mengukuhkan perjanjian gencatan senjata yang dibuat pada 5 September lalu wajib dipatuhi. "Mengikut syarat perjanjian itu, setiap pihak bertelagah mesti menarik balik semua kelengkapan senjata pada jarak sekurang-kurangnya 15 kilometer bagi mewujudkan zon penampan bersaiz 30 km termasuk askar asing," katanya.