Thursday, October 2, 2014

2 kereta api berlanggar di India, 12 maut

RABU, 1 OKTOBER 2014 @ 11:46 AM

 
NEW DELHI: Dua kereta api penumpang berlanggar di utara India, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan 45 yang lain.

Kereta api Lucknow-Barauni Ekspres tergelincir daripada landasan lewat semalam apabila ia terlanggar bahagian tepi sebuah lagi kereta api ekspres di Uttar Pradesh.

"Daripada maklumat yang diperoleh, 12 orang kehilangan nyawa dalam kemalangan itu dan 45 orang cedera," kata jurucakap Anil Kumar Saxena.

Anggota penyelamat terpaksa menggunakan pemotong besi dan peralatan lain bagi mengeluarkan mayat yang tersepit dalam gerabak kereta api.



"Kami berharap kerja menyelamat dapat diselesaikan segera agar perkhidmatan kereta api dapat diteruskan," katanya.

Pengurus Besar Peerkhidmatan Kereta Api Timur-Tengah, Madhuresh Kumar, berkata kejadian mungkin berpunca daripada kesilapan pemandu kereta api yang terlepas pandang isyarat di depannya. - AFP

No comments:

Post a Comment