Thursday, October 2, 2014

China tahan aktivis prodemokrasi Hong Kong


SEORANG penunjuk perasaan prodemokrasi berehat di hadapan khemah yang didirikan di lokasi protes di Hong Kong semalam. - AFP


HONG KONG – Pihak berkuasa China menahan seramai 12 aktivis di seluruh China dan mengugut sebilangan lagi yang menyokong protes prodemokrasi di pulau itu sejak beberapa hari lalu, kata sebuah kumpulan aktivis semalam.
Penahanan itu seiring dengan usaha jentera propaganda Beijing untuk menutup berita mengenai bantahan tersebut yang dijangka menarik lebih ramai penunjuk perasaan semasa cuti umum dua hari di pulau berkenaan.
Menurut kumpulan Pelindung Hak Asasi China (CHRD) yang berpangkalan di luar negara, antara penyokong prodemokrasi yang ditahan termasuk aktivis Wang Long.
Long, 25, ditahan polis di bandar Shenzhen, selatan China pada Isnin lalu kerana mencetuskan ‘gangguan ketenteraman’ selepas dia memuat naik komen mengenai bantahan itu di internet.
Seorang lagi aktivis yang berpangkalan di Shanghai Shen Yanqiu ditahan Selasa lepas kerana menghantar imej dia berkepala botak di internet sebagai menyokong tunjuk perasaan prodemokrasi di sini pada hujung minggu lalu.
“Dia kini ditahan di satu lokasi rahsia,” menurut CHRD dalam satu kenyataan.
Turut ditahan Selasa lepas merupakan sekumpulan 20 warga tempatan di bandar raya Guangzhou, dekat pulau ini selepas mereka berkumpul di sebuah taman awam sebagai tanda sokongan kepada protes di sini. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3EwOXl1co 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment