Thursday, October 2, 2014

RANCAK MEMBANGUN


Gambaran dari udara menunjukkan pembangunan sedang rancak dilakukan di sekitar Masjidiharam di Mekah, baru-baru ini. - AFP
Wajah Masjidilharam bakal berubah beberapa tahun lagi selepas projek pembesaran masjid suci itu dijangka siap pada tahun 2020.
Kerajaan Arab Saudi memulakan projek mega pembesaran terbesar Masjidilharam di Mekah itu bertujuan untuk meningkatkan kapasiti jemaah umrah dan haji sehingga mampu menampung seramai 10 juta orang jemaah pada satu-satu masa.
Bangunan luaran Masjidilharam yang ada sekarang akan dimusnahkan dan bakal digantikan dengan bangunan berkubah yang dibina daripada konkrit.
Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan kos sebenar yang ditanggung oleh kerajaan Arab Saudi bagi penambahan ruang 400,000 meter persegi dan pembinaan di sekitar di masjid bersejarah itu.
Masjidilharam adalah tarikan utama bagi jutaan jemaah yang memasuki Mekah setiap tahun. Projek itu juga dikatakan sebagai kunci utama program transformasi memodenkan kota tertua di rantau ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141002/lu_03/RANCAK-MEMBANGUN#ixzz3EvuvQpoa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment